Kesihatan merupakan salah satu daripada nikmat yang paling penting dalam hidup kita semua.Oleh  sebab itu,kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan supaya dapat hidup dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun,kita tidak boleh lari daripada ketentuan Ilahi yang telahpun tercatat di dalam buku perjalanan hidup kita.Di kalangan kita,akan ada sesetengah orang yang akan diuji dengan pelbagai penyakit yang berat seperti kanser.

Contohnya seperti seorang kanak-kanak di Oklahoma ini.Sejak berumur enam tahun,lagi dia telah  disahkan menghidap kanser leukemia .

Namun,baru-baru ini,satu keajaiban telah berlaku.Dia telah disahkan bebas daripada kanser leukemia tersebut.

Satu video live telah dimuatnaik oleh ibu kanak-kanak tersebut.Dalam video live tersebut,Steven Cotter,sedang menangis kegembiraan kerana dibenarkan mengambil ubat kemoterapi terakhir setelah bertarung dengan kanser selama tiga tahun.
Ibu kanak-kanak tersebut,Ashley Cotter mengatakan bahawa anaknya mula menjalani kemoterapi sehari selepas disahkan menhidap high-risk acute lymphoblastic leukemia pada tahun 2016.

Menerusi video tersebut juga,di atas meja beberapa jenis ubat-ubatan dapat dilihat telah disusun dan Steven sedang duduk di atas kerusi dengan mata yang berair apabila dia menyedari yang dia telah bebas daripada kanser leukemia tersebut.


Rata-rata,orang yang telah menonton video tersebut berasa terharu dan mendoakan Steven agar terus kekal sihat.

Syukur kepada Tuhan, saya sangat gembira untuk awak semua. Ini membuatkan air mata saya mengalir.


Tahniah, saya sangat gembira untuk awak

Saya sangat bangga,awak berjaya lakukannya


Sumber: Daily Mail, Ashley Cotter