Pada petang Ahad(waktu tempatan), salah satu gunung berapi yang paling aktif yang terletak kira-kira 65 kilometer di selatan Manila, dilaporkan telah membebaskan debu.

Keadaan itu menyebabkan penduduk serta pelancong yang berada di sekitat tempat itu, diarahkan supaya berpindah dengan kadar segera.

Menurut Ketua Institut Volkanologi Dan Seismologi Filipina, Renato Solidum, telah berkata yang situasi itu mungkin akan menyebabkan gunung berapi Taal di daerah Batangas meletus dalam masa beberapa hari.

Selain itu, beliau turut berkata yang kali terakhir gunung berapi berkenaan meletus adalah pada tahun 1977. Laporan setakat ini menyatakan yang tiada penduduk atau pelancong cedera ataupun terkandas di kawasan perkampungan berdekatan.

Malahan, penduduk-penduduk yang tinggal di pulau lain yang berdekatan juga akan diarahkan supaya berpindah jika keadaan menjadi lebih teruk. Rakaman video ini yang dikongsikan oleh @StormchaserUKEU menunjukkan detik-detik cemas ketika gunung itu sedang meletus.

Lightning captured from the plume ash cloud during the #TaalVolcano eruption today 12th January! Epic capture by 📸 Lauren Bustamante (iamman1219 IG) #severeweather #ExtremeWeather #TaalEruption pic.twitter.com/cYNmLQuswq

— WEATHER/ METEO WORLD (@StormchaserUKEU) January 12, 2020

Sumber: AstroAwani