Di Surabaya, seorang warga emas berusia 79 tahun telah mencabul seorang budak lelaki berusia 5 tahun.

Perbuatan hina itu dilakukan oleh suspek ketika mangsa sedang bermain di rumah suspek. Suspek telah mengumpan kanak-kanak berkenaan dengan bayaran sebanyak 2 ribu rupiah sahaja, supaya suspek dapat memegang alat sulit kanak-kanak berkenaan.

Menurut portal Tribunnews, suspek telah mencabul mangsa sebanyak lima kali di rumahnya. Perbuatan hina itu telah diulangi suspek semenjak bulan Oktober hingga Disember tahun lalu.

Perbuatan hina suspek telah terbongkar apabila kanak-kanak  berkenaan memberitahu ibunya mengenai kelakuan suspek. Sejurus selepas itu, ibunya telah membuat laporan mengenai perbuatan suspek itu.

Apabila suspek diberkas, dia mengaku yang dia menjadi teransang apabila melihat video orang dewasa di telefon bimbitnya.

“Saya melihat satu filem ‘itu’ dan saya ingin praktikkannya. Saya akui kesilapan saya”

Sumber: Tribunnews