Terkini, laporan menyatakan yang lebih 1 billion haiwan telah terbunuh dalam krisis kebakaran hutan di Australia.

Profesor Ekologi Universiti Sydney, Chris Dickman berkata yang kira-kira lebih 800 juta haiwan mungkin telah terbunuh di kawasan New South Wales sahaja. Manakala yang selebihnya, adalah anggaran pada tempoh sebelum ini. Hal ini menunjukkan yang bilangan haiwan yang telah terbunuh telah melebihi daripada 1 billion.

Haiwan-haiwan itu terbunuh kerana kelaparan, kekurangan air (dehidrasi) serta kehilangan habitat. Perkiraan ini termasuk dengan haiwan mamalia, burung serta reptilia, tetapi ia tidak termasuk sekali dengan katak dan serangga.

“Apa yang kita lihat adalah kesan perubahan iklim” menurut Chris.

Meskipun hujan telah turun minggu lalu, ia sememangnya membawa kelegaan kepada rakyat Australia. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa berhadapan dengan cuaca kering serta suhu yang lebih panas serta tinggi. Perkara ini telah meningkatkan risiko kebakaran lagi.

Sumber: News