Dungun, 19 Januari 2020 – Keempat – empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, yang dilaporkan hilang akibat dihanyutkan ombak ketika mereka sedang mandi manda di Pantai Teluk Bidara pada hari Jumaat lalu, ditemui mati lemas hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Sharikan Bustaman telah berkata  yang mayat terakhir iaitu, Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, ditemui dalam keadaan terapung lebih kurang pada pukul 3 petang oleh pasukan penyelamat. Mayat itu dijumpai kira-kira dua batu nautika dari Teluk Bidara.

Sementara itu, mayat Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed pula ditemukan terapung pada pukul 12.09 tengah hari oleh pasukan penyelamat. Mayat Luqman Hakim ditemui kira-kira satu kilometer daripada mayat Muhamad Ikhwan.

Terdahulu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba(JBPM) Terengganu,  Azman Alias telah berkata yang mayat Muhamad Zul Fahmi Zuki dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terdampar di persisiran pantai berdekatan Mayang Sari Resort pada pukul 7.30 pagi hari ini.

Di samping itu, Sharikan turut berkata yang keempat-empat mayat telah dihantar ke bahagian unit forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama