Kebakaran yang berlaku di Australia semakin memberi kerisauan kepada penduduk setempat serta daripada komuniti dunia. Kebakaran ini yang bermula sejak September 2019 ini telah menimbulkan pelbagai persoalan serta teori.Tambahan lagi, kebakaran yang berlaku hampir berbulan-bulan lalu masih tidak dapat dipadamkan sehingga ke hari ini.

Menerusi satu muat naik oleh seorang pengguna Twitter, dia telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai kebakaran ini, disamping memberi pendedahan kesan kebakaran ini kepada dunia.

Negara Australia sudah pasti sebuah negara yang sangat besar jika dilihat daripada saiznya. Sungguhpun begitu, kebakaran ini yang meliputi hampir 6 juta hektar hutan serta belukar ini telah dianggap sebagai satu situasi yang teruk buat Australia.

Australia adalah sebuah negara yang sangat besar saiznya.

Kebakaran ini telah memusnahkan 6,000,000 (juta) hektar hutan dan belukar. pic.twitter.com/erbHnl7dgr

— Shahmil Hafiz (@shmlsanxion) January 6, 2020

Sekiranya kita hendak bandingkan sejarah kebakaran hutan yang pernah berlaku sebelum ini, kebakaran Hutan Hujan Amazon 2019 telah memusnahkan lebih daripada 900 ribu hektar hutan. Cacatan ini telah menunjukkan yang kebakaran hutan yang sedang berlaku adalah berlipat kali ganda lebih teruk daripada sebelum ini.

Sekiranya kebakaran itu berlaku dengan luas seperti itu di Malaysia, ia dapat diumpamakan seperti kebakaran itu sedang “memakan” beberapa negeri di Malaysia.

Kebakaran itu dipercayai bermula akibat suhu yang semakin meningkat di Australi. Suhu itu terhasil daripada fenomena Indian Ocean Dipole (IOD). Kesan daripada fenomena itu, Asia Tenggara serta Australia mengalami cuaca yang panas serta kering. Kadar kelembapan di Australia turut berkurang berikutan fenomena IOD yang melemahkan tiupan angin.

Setelah berbulan-bulan lamanya, kebakaran ini dilihat tidak menemui jalan keluar daripada masalah ini. Malahan, Shahmil Hafiz mengatakan yang kebakaran itu sukar untuk dihentikan atas beberapa sebab.

Walau bagaimanapun, komuniti daripada seluruh dunia akan terus mendoakan Australia supaya bebas daripada krisis ini.

Sumber:Shahmil Hafiz