Eibenthal merupakan sebuah perkampungan indah yang terletak di pergunungan Banatului di barat Romania. Perkampungan itu rata-ratanya dihuni oleh etnik Czechs, walau bagaimanapun, ada satu perkara yang menarik mengenai perkampungan ini. Perkampungan telah menjadi satu-satunya perkampungan terhindar daripada masalah kecurian.

Apa yang lebih menarik, di perkampungan ini ialah,mereka tidak mempunyai satu pun balai polis. Nampaknya penduduk di sana tidak memerlukannya.

Penduduk di kawasan ini dikatakan mempunyai sikap yang tenang dan amat menghormati antara satu sama lain. Kadar jenayah yang berlaku juga sangat rendah.

 Eibenthal mula terkenal sebagai kampung yang bebas kecurian bermula sejak tahun 1996 lagi. Penduduk dapat dilihat mula membawa beg dan duit keluar dari rumah mereka untuk penghantar roti.

Selepas revolusi 1989, satu-satunya kedai penduduk telah ditutup. Oleh itu, orang ramai terpaksa memerhati trak roti yang datang dari kampung lain setiap dua hari bagi memastikan mereka mempunyai roti untuk dimakan.

Menariknya, ada seseorang telah memberi idea untuk meninggalkan duit bersama nota untuk penghantar roti di tepi jalan. Mereka juga sedar bahawa kecurian tidak akan berlaku  di antara mereka.

“Kami tidak pernah mempunyai masalah, tidak sama sekali, saya tidak pernah mendengar tentang kehilangan duit atau roti,” kata salah seorang warga emas yang menetap di kampung itu.

Selain itu,penduduk kampung juga menghormati harta benda masing-masing dan tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam halaman orang lain tanpa kebenaran. Mereka akan memanggil tuan rumah sambil tunggu di hadapan pagar dan hanya masuk apabila dijemput sahaja. Sekiranya tiada sesiapa yang menjawab, mereka akan terus berlalu pergi.

Sumber:Odditycentral