KUALA LUMPUR,15 Disember (Bernama) — Wisma Putra tidak menerima sebarang laporan berkenaan mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi yang berukuran 6.9 magnitud yang berlaku di Polomolok, Selatan  Cotabato, Filipina,hari ini.

Kementerian Luar dan Dalam Negara dalam satu kenyataan  menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City di +63 82 221 4050 atau +63 936 968 4001.

“Kementerian ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Republik Filipina, khususnya kepada mereka yang terjejas berikutan gempa bumi itu.

“Malaysia berdiri teguh dalam semangat setia kawan dengan Filipina dalam suasana yang mencabar ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan,hanya tiga nyawa sahaja yang hilang akibat gempa bumi itu setakat ini  dan jumlah yang tercedera masih belum dapat diketahui lagi.

PRESS RELEASE: 6.9 Magnitude Earthquake in South Cotabato, Philippines. The earthquake has so far claimed 3 lives. No Malaysians affected thus far. Malaysians requiring consular assistance may contact the Consulate General of Malaysia in Davao City. @saifuddinabd @mwdavao1 pic.twitter.com/JKHK6apTMr

— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) December 15, 2019