Terkini, Jerman telah mencatatkan kes pertama bagi wabak koronavirus. Dengan ini, ia telah menjadikan Jerman sebagai negara kedua di benua Eropah yang telah terjebak dalam serangan koronavirus ini selepas Perancis.

Kes pertama itu telah melibatkan seorang lelaki yang datang dari daerah Starnberg di Bavaria. Kes itu juga telah disahkan oleh jurucakap Kementerian Kesihatan Bavaria di Munich.

Sumber: Twitter