Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui satu muat naik di laman facebook rasmi mereka, telah memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi yang lemah telah melanda kawasan Ranau, Sabah pada pukul 2.04 petang tadi.

Gempa bumi berkenaan berkekuatan 2.8 skal Richter dilaporkan telah berlaku kira-kira 2km Tenggara Ranau pada kedalaman 5km.

Gegaran dimaklumkan mungkin dirasakan di kawasan sekitar Ranau.

Sumber:MetMalaysia