Hari ini, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang juga merupakan salah seorang daripada atlet angkat berat negara telah dilaporkan meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah ibunya di Taman Pagoh Jaya tengah hari tadi.

Mangsa, Mohd Ata Maarof, 28 tahun, dikatan sedang berada di dapur rumah tersebut ketika insiden tersebut berlaku.Ata Maarof disahkan maut kerana bahagian tubuhnya telah melecur sebanyak 80 peratus.

Pegawai Bomba Kanan II Dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Husaini Eddy Mustafa, yang juga merupakan pegawai operasi untuk kes berkenaan menyatakan yang, mangsa yang bekerja di Kuala Lumpur dikatakan sedang bercuti dan akan pulang ke ibu negara semula pada keesokan harinya.

“Difahamkan semasa kejadian mangsa seorang diri kerana ibu mangsa keluar ke kedai,” kata Awani ketika menghubungi pegawai operasi.

Pihak bomba memaklumkan bahawa mayat mangsa akan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.