Konflik antara negara Amerika Syarikat (AS) dengan negara Iran telah membuatkan banyak pemimpin negara sekitar mereka terpaksa mengambil sikap berkecuali. Ini termasuk sekali dengan negara Arab Saudi. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkongsi kenyataan bagi ‘menegur’ AS supaya tidak menjadi batu api dalam peperangan Iran sebagaimana AS melakukannya kepada Iraq.

“AS merupakan kuasa terbesar dalam sejarah manusia.Tidak dinafikan lagi ia adalah kuasa ketenteraan paling kuat di dunia hari ini. Ia mempunyai kemampuan untuk menghapuskan semua manusia jika ia memilih untuk berbuat demikian” tulis beliau

A REMINDER

1. The United States of America (USA) is the greatest power in the history of mankind. Certainly it is the most powerful military power in the world today. It has the capacity to wipe off the whole of humanity if it chooses to do so. pic.twitter.com/vOs2NIhwzt

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) January 14, 2020

Tiada apa-apa yang tak boleh diperoleh dengan cara aman 

“Tiada, tiada apa-apa yang tak boleh diperoleh dengan cara aman”, tulis beliau lagi

Selain itu, beliau turut mengingatkan tentang Perang Vietnam di mana berpuluh ribu tentera AS terkorban ataupun tercedera dalam perang berkenaan, meskipun Vietnam tidak punya peralatan canggih seperti mereka.

“Apa AS dapat dengan semua pengorbanan ini?”



Tambah beliau lagi, mereka yang terkorban dalam perang berkenaan adalah sia-sia sahaja.


Adakah pembunuhan Saddam oleh Amerika menjadikan Iraq lebih baik?


Selain itu, beliau turut mengingatkan tentang kacau-bilau yang timbul di Iraq sehingga hari ini selama 18 tahun selepas Amerika campur tangan.

“Saddam telah mati, tapi adakah Iraq lebih baik berbanding masa Saddam? Saya tak fikir autokrasi itu betul.Tapi jika demokrasi adalah jawapannya, mengharapkannya (demokrasi) melakukan keajaiban dalam satu malam adalah bodoh”



Apa beza bunuh Suleimani dan Khashoggi?

Sementara itu, Tun Dr Mahatihr turut mepersoalkan mengenai tindakan AS yang bertindak membunuh jeneral tentera Iran, Suleimani dua minggu lalu.

“Ketua tentera Iran, Jeneral Suleimani dibunuh di Iraq oleh mereka yang mengecam pembunuhan Khashoggi. Apa bezanya membunuh Suleimani dan Khashoggi?”


Sumber: Dr Mahathir Mohamad