Klang, 23 Januari- Seorang maut sementara 2 lagi cedera dalam satu kemalangam di Jalan Kebun.Ketiga-tiga mangsa dirempuh oleh kenderaan pick up Ford Ranger yang dipercayai dipandu oleh pemandu yang mabuk.

Dalam kejadian berkenaan, pemandu mabuk berkenaan didakwa telah melanggar tiga buah motorsikal sebelum merempuh penghadang parit.Pemandu berkenaan kemudiannya telah ditahan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Dalam satu video yang telah tular, salah seorang mangsa yang terselamat daripada kemalangan itu mendakwa yang mereka telah dilanggar daripada belakang oleh pemandu mabuk itu.

“Dia straight, dia terus hentam kitorang!” katanya dengan penuh marah

“Woi berapa motor you hentam?”

“Tengok, sorang dah meninggal,” kata salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian.

Selain itu, menurut video berkenaan, suspek didakwa tidak keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan mangsa sehinggalah dia diheret keluar daripada keretanya.

Sumber: Info Kemalangan Dan Bencana Malaysia