Hari ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tengku Hassanal Shah Ibni Al-Sultan Abdullah, merangkap pemangku Raja Pahang, telah memuat naik satu kiriman di laman Instagram rasmi baginda. Baginda memohon kepada rakyat negeri Pahang mengadakan solat hajat agar urusan Yang Di-Pertuan Agong dipermudahkan.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang

Kepada Seluruh Rakyat Pahang Darul Makmur.

Munajat Doa & Solat Hajat

Semperna kelebihan di bulan Rejab ini, iaitu bulan yang di sabdakan oleh Nabi (saw) “adalah bulan Allah (swt)” Bulan yang didalamnya penuh dengan Rahmat Kasih Sayang dan Keampunan dari Robbul Jalil.

Istimewanya lagi pada malam Jumaat ini, penghulu bagi segala hari.. Hari yang harap dimakbulkan oleh Allah (swt) dari doa sekalian hamba-hambaNya.

Dengan ini memohon sekelian ummat islam di Negeri Pahang khasnya, mendoakan keatas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan sekalian Raja-Raja Melayu agar diberi pembukaan dan kebijaksanaan daripada Allah (swt) untuk membuat keputusan yang terbaik demi Agama & Rakyat di Tanah Air yang kita cintai… Mudah-mudahan Kebawah Duli-Duli Tuanku sentiasa berada dibawah perlindungan dan pemeliharaan Allah (swt) dengan Rahmat dan kasih SayangNya.. Ameen Ya Robbal ‘Aalamin.

View this post on Instagram

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Kepada Seluruh Rakyat Pahang Darul Makmur. Munajat Doa & Solat Hajat Semperna kelebihan di bulan Rejab ini, iaitu bulan yang di sabdakan oleh Nabi (saw) “adalah bulan Allah (swt)” Bulan yang didalamnya penuh dengan Rahmat Kasih Sayang dan Keampunan dari Robbul Jalil. Istimewanya lagi pada malam Jumaat ini, penghulu bagi segala hari.. Hari yang harap dimakbulkan oleh Allah (swt) dari doa sekalian hamba-hambaNya. Dengan ini memohon sekelian ummat islam di Negeri Pahang khasnya, mendoakan keatas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan sekalian Raja-Raja Melayu agar diberi pembukaan dan kebijaksanaan daripada Allah (swt) untuk membuat keputusan yang terbaik demi Agama & Rakyat di Tanah Air yang kita cintai… Mudah-mudahan Kebawah Duli-Duli Tuanku sentiasa berada dibawah perlindungan dan pemeliharaan Allah (swt) dengan Rahmat dan kasih SayangNya.. Ameen Ya Robbal ‘Aalamin. 🤲🏼

A post shared by KDYMM Tengku Hassanal Shah (@this.7) on

Sumber: this.7