Sudah tentu, semua ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.Kebanyakan ibu bapa mempunyai cara didikan yang tersendiri bagi membantu membentuk personaliti anak-anak.

Setiap anak mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri dan mereka perlu didedahkan dengan pelbagai perkara supaya mereka dapat mengetahui bakat masing-masing.

Hal ini sudah pasti amat penting untuk anak-anak supaya bakat mereka boleh diasah supaya menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Bagi angkasawan negara kita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, beliau dan isterinya lebih memfokuskan pembentukan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani serta intelek.

Beliau mengajar anak-anaknya menunggang kuda, pengucapan awam, membaca al-Quran serta pendidikan bagi mengimbangkan kecerdasan mereka.

“Kami cuba dedahkan anak kami kepada segalanya menjelang usia mereka 7 tahun dan berharap dapat melengkapkan mereka dengan sikap yang baik dan nilai yang sebenar.

“Dalam erti kata lain, kami cuba imbangkan mereka dunia dan akhirat.

“Falsafah saya dalam keibubapaan, menjelang usia 7 tahun, mereka patut;

1.Khatam al-Quran

2.Fasih bahasa Inggeris, Melayu dan bahasa asing (Mandarin)

3.Lengkap bab tambah tolak darab bahagi dalam Matematik

4.Sertai seni bela diri

5.Pandai empat skil berenang; gaya bebas, kuak dada, kuak lentang dan kupu-kupu

6.Pandai main peralatan muzik – piano

7.Gimnastik

8.Menunggang kuda

9.Pengucapan awam untuk mengatasi rasa malu

10.Memanah

11.Seni, untuk kreativiti

Selain itu, beliau juga mengatakan yang anak-anaknya sedang menunjukkan perkembangannya yang positif mengikut rutin berkenaan walaupun mempunyai cabaran tersendiri.

View this post on Instagram

Video – My plans for the Girls We try to expose our kids to everything by the time they reach 7 years old hoping to equip them with all the right attitude , values and the right stuffs . In other words we try to balance them with Dunia & Akhirah … My philosophy on parenting by the time they reach 7 years old they should … 1. Khatam Al Quran – both at 6 years old 2. Fluent in English , Malay & a Foreign Language which in this case is Mandarin. 3. Complete their Maths + -x division 4. Be in Martial Arts – TaeKwanDo. Bella is now Poom & Tasha Red Belt . 5. Know all the 4 strokes in Swimming – Freestyle, Breaststroke, Back & Butterfly 6. Could play an instrument – Piano 7. Gymnastics 8. Horse Riding 9. Public Speaking to overcome shyness 10. Archery 11. Arts – to be creative and express themselves Alhamdulillah – the girls are phenomenal in these fields . Bella did them and Tasha is just following suit . Both are in the same SJKC and SRA for 2020 – it used to be a struggle as both are in different Schools back then . The twin Boys Adam & Noah will follow the same routine as the Girls too but it will be a challenge since there’s 2 of them – Haha Am glad Bella 8 and Tasha 6 are now considered grown up and I can now focus on educating the Boys . Adam is just like Bella – easy to handle Noah is more like Tasha – hyperactive jumping everywhere whom needs a different approach and lots of patience required . Salam Everyone . Just sharing … Love As Always … PS – Kids need to work hard & play hard . But most importantly they need to enjoy every minute of it . Learning should be done in a fun manner . Always …
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on