Baru-baru ini tamadun negara kita telah disahkan lebih tua daripada Tamadun Rom.The Patriots telah berkongsi tentang kesahihan perkara itu di laman Twitter mereka.Mari sama-sama kita tengok perkongsian mereka:

“Perkenalkan kepada kalian,Tamadun Melayu Sungai Batu yang dapat dijejak seawal 788 SM”
“Kepada yang skeptik dengan info terbaru ini boleh tatap kertas kerja yang dipersembahkan oleh Prof Moktar Saidin yang merupakan ketua arkeologis yang bertanggungjawab di Sungai Batu.”


Yang skeptik mengenai info ini.Tamadun ini dibangunkan oleh orang Melayu,boleh tatap foto ini pula yang merupakan pembentangan Prof Mokhtar Saidin suatu masa dahulu.Jadi, berbalik kepada topik asal kita, seberapa tua Sungai Batu?


Tamadun Rom dikatakan didirikan pada sekitar 753 SM. Ini bermaksud Tamadun Melayu Sungai Batu adalah 36 tahun lebih tua daripada Rom yang diasaskan oleh adik beradik Remulus dan Romulus.


Sungai Batu adalah 12 tahun lebih tua daripada Sukan Olimpik pertama yang dimainkan dalam sejarah pada tahun 776 SM.


Sungai Batu adalah 18 tahun lebih tua daripada permulaan zaman Dinasti Zhou Timur ( 770-221 SM), dan 17 tahun lebih tua daripada permulaan Zaman Musim Bunga Dan Luruh yang baru bermula di China menandakan China kembali tercampak ke kancah Perang Saudara.


Sungai Batu adalah 66 tahun lebih tua daripada era pemerintahan Raja Sargon (722-705 SM),raja Empayar Assyria yang telah menakluk kerajaan Bani Israel, Babylon dan menyatukan meluaskan jajahan takluk Assyria.Raja Sargon 187 tahun lebih tua daripada lahirnya Cyrus The Great, pengasas Empayar Parsi yang lahir pada 601 SM dan memerintah Parsi pada 559–530 SM.


Selain itu,dipercayai bahawa usia Tamadun Batu ini adalah sezaman dengan garis masa Nabi Yunus A.S diutuskan untuk berdakwah kepada penduduk Nineveh.Tamadun Batu ini 187 tahun lebih awal dari kelahiran pengasas ajaran Taoism iaitu Lao Tzu (601 SM) dan juga 237 tahun lebih tua daripada era kelahiran Confucius (551 SM),pengasas. Sungai Batu juga wujud 225 tahun lebih tua daripada kelahiran Gautama Buddha (563 SM).
Ketika Sungai Batu berdiri,Mesir Purba sedang dalam fasa Dinasti Ke-22. Firaun yang memerintah Mesir Purba ketika itu bernama Shoshenq V (778–740 SM).Mesir Purba 188 tahun lebih tua daripada era Mahajanapadas (600 – 300 SM) yang dimana menyaksikan India memiliki 16 kerajaan yang baru lahir. Ini juga menyaksikan Sungai Batu adalah 488 Tahun lebih tua dari era Sanggam (sekitar 300 SM), era tertua tamadun Tamil di selatan India.128 tahun lebih tua daripada era pemerintahan Maharaja Pertama Jepun iaitu Jimmu (660-585 SM).Sungai Batu berdiri sezaman dengan Kerajaan Judah Bani Israel di Palestine pada hari ini. Raja Amaziah memerintah Judah ketika itu. Orang Yahudi percaya bahawa pengasas kerajaan ini merupakan Nabi Daud A.S.400 ratus tahun lebih awal daripada Kerajaan Arab Nabatea ( 300 SM – 106 Masihi) yang membina Petra Jordan yang terkenal itu.


800 ratus tahun lebih awal daripada kelahiran Nabi Isa A.S dan 1400 tahun lebih awal daripada kelahiran Rasulullah S.A.W.Dan ini membuktikan bahawa Bangsa Melayu telah membina peradaban yang hebat pada zamannya sezaman dengan bangsa hebat lain dan lebih awal daripada kebanyakan bangsa di dunia.