Satu kes telah berlaku di Georgia,seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis selepas mengaku bertanggungjawab memukul isterinya,Casei Jones dengan menggunakan sebatang kayu besbol sehingga menyebabkan kematian isterinya itu  serta membunuh empat orang anaknya.

Tak tahan dengan leteran


Menurut laporan Daily Mail,suspek yang dipanggil dengan nama Michael Jones Jr,telah nekad membunuh isterinya itu kerana tidak tahan mendengar leteran mangsa sehingga tertekan dengan sikap isterinya yang dikatakan suka menyibuk dan memaksanya. Dalam keterangan suspek,suspek memberitahu hubungan mereka sebagai sepasang suami isteri dikatakan semakin retak setiap hari kerana sering bertengkar dengan isterinya  yang mengatakan suspek curang dengannya.

“Saya sudah lama bertahan sehingga merasakan apa yang dia lakukan itu sudah cukup”.

Tambahnya lagi, isterinya juga  dikatakan sering memancarkan lampu telefon pintar ke arahnya selama beberapa jam ssemasa dia sedang beristirehat di rumah.Tidak tahan dengan sikap biadap isterinya itu, suspek kemudian bertindak membunuh isterinya dengan menggunakan sebatang kayu besbol dan empat orang anaknya itu dipercayai  mati akibat dicekik dan dilemaskan sebelum meletakkan mayat isterinya itu di dalam sebuah van dan memandu van tersebut selama lebih kurang enam minggu.

Tenang berada dalam penjara


Seterusnya,pihak polis telah menemui mayat isterinya itu di dalam sebuah van selepas kenderaan yang dipandu oleh suspek terlibat dalam satu kemalangan di Brantley County, Georgia. Kemudian,pihak polis menghidu satu bau yang amat busuk datang dari arah van tersebut. Suspek kemudiannya membawa polis ke dalam sebuah hutan dan menunjukkan tempat dimana dia telah menanam mayat anak-anaknya yang berusia antara satu hingga sepuluh tahun.

Motif pembunuhan keempat-empat beradik ini masih lagi kurang jelas dan menjadi satu tanda tanya. Namun,apabila disoal siasat dan ditanyakan berkenaan isu ini,suspek menyatakan yang dia kini berasa tenang apabila berada di dalam penjara.