Hari pernikahan ialah hari dimana pasangan menjadi raja sehari dan seharusnya menjadi antara hari paling bahagia dalam setiap hidup seorang insan, namun ia telah menjadi
antara hari yang paling sedih bagi Syaza Syafiqah yang kehilangan ayahnya empat hari sebelum pernikahan.

Pemergian secara mengejut ini sudah pastinya telah meninggalkan kesan yang amat dalam kepada Syafiqah sekeluarga.

“Lagi empat hari ayah jadi wali Iqa. Tapi ayah tak sempat nak walikan Iqa, nak tengok Iqa kahwin. Dari awal lagi ayah teruja

Lagi 4 hari ayah Jadi wali iqa. Tapi ayah tak sempat nak walikan iqa, nak tengok iqa 
kawin. Dari awal lagi ayah excited dah booking itu ini untuk wedding iqa. Tapi kenapa ayah tak tunggu iqa😭. For those who asking about my wedding this sunday, Majlis 
diteruskan atas nasihat imam pic.twitter.com/AahgWDwV6C

— Syaa. (@syzssyfqh) December 10, 2019

“.. tak tahu macam mana nak sanding tanpa ayah.”

Kata Syafiqah, mereka sekeluarga merancang untuk menangguhkan majlis perkahwinannya, namun disebabkan tarikh yang hampir tiba, imam mencadangkan mereka agar meneruskan juga majlis pernikahannya.


We want to postpone it, tapi imam kata teruskan je sebab dah dekat sgt. Iqa tak tahu macam mana nak sanding tanpa ayah😭

— Syaa. (@syzssyfqh) December 10, 2019

Menurut Syafiqah, ayahnya meninggal dunia kerana tekanan darah yang terlampau tinggi sehingga menyebabkan saraf-saraf menekan otak.
Lantaran itu, rakan-rakan dan warga net menghujani kiriman tersebut dengan ucapan takziah dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat Syafiqah sekeluarga. 

Takziah buat Syafiqah sekeluarga. Semoga Allah menempatkan Allahyarham Abd Rahim bin Othman dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diampuni oleh Allah SWT serta memberi kekuatan untuk ahli keluarga.

                                                أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.