Mungkin pada 11 tahun yang lalu, Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam (TTI), merupakan tempat pelancongan yang sangat terkenal di  negeri Terengganu ini.Hal ini demikian kerana struktur seni bina masjid itu yang agak unik kerana ia dibina dengan menggunakan kaca dan keluli.Selain itu, kedudukannya yang berada di atas air menjadikan masjid itu lain daripada yang lain.

Walau bagaimanapun, masjid tersebut menggunakan kos bernilai hampir RM22 juta dan telah dirasmikan pada tahun 2008 oleh Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengalami kerosakan yang agak teruk dan tidak diselenggarakan dengan baik sejak tahun 2012 lagi.

Ramai pelancong berkunjung ke masjid itu untuk melawat serta merakam saat indah di masjid itu  terpaksa balik dengan perasaan kecewa kerana masjid itu ditutup kerana dalam proses baik pulih.

Malahan, orang ramai termasuk netizen di media sosial turut menzahirkan rasa bimbang kepada Masjid Kristal yang dahulunya pernah dianugerahkan sebagai masjid ketiga yang tercantik di dunia dan telah diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia akan terus dilupakan selepas kemunculan ikon baharu pelancongan negeri iaitu Jambatan Angkat atau Drawbridge.

Seorang pengunjung,Khairin Zabmir, 38 tahun, dari Selangor telah berkata, yang dia datang ke TTI untuk berkunjung ke Masjid Kristal dan merasai pengalaman mengerjakan solat di masjid itu tetapi malangnya masjid itu telah ditutup kerana masih dalam proses membaik pulih.

“Saya pernah bekerja di negeri ini 10 tahun lalu dan menonton perasmian Masjid Kristal yang ditayangkan secara langsung di televisyen tetapi saya tidak berkesempatan ke masjid ini sehingga saya berpindah ke Kuala Lumpur pada 2009.”


“Apabila datang semula ke Kuala Terengganu, saya berhasrat untuk melawat TTI dan Masjid Kristal tetapi sedih apabila masjid yang dulunya pernah menjadi antara masjid tercantik mengalami kerosakan teruk dan tidak secantik dulu.

“Ramai pelancong datang ke negeri ini semata-mata untuk melihat masjid itu dan ia sepatutnya dijaga dengan baik memandangkan masjid ini antara tarikan utama sektor pelancongan di negeri ini namun sebaliknya berlaku,” katanya.

Selain itu, Khairin juga berkata, yang dia berharap sangat agar masjid itu dibaik pulih sebaik mungkin dan kegunaannya yang sebelum ini dijadikan tempat beribadah serta tarikan pelancongan negeri dapat diperkukuhkan semula.

“Dua tahun lalu ketika datang ke negeri ini, bahagian luar masjid itu dihiasi lampu dan sangat indah apabila dilihat melalui Jambatan Sultan Mahmud tetapi sekarang hanya Jambatan Angkat dihiasi lampu pelbagai cahaya.

“Jika pihak bertanggungjawab tidak menguruskan Masjid Kristal dengan baik, masjid itu akan terus dilupakan dan pembinaannya hanya dilabel sebagai pembaziran,” katanya.

Pelancong dari Kuala Lumpur, Siti Sofiah Abdul Wahab, 39, berkata, dia pernah berkunjung ke Masjid Kristal pada 2009 dan kagum dengan seni bina dan keindahan masjid berkenaan.

“Melihat masjid itu dari jauh, ia seperti tidak mempunyai masalah tetapi apabila sampai ke kawasan masjid, kami terkejut melihat kerosakannya.

“Kami tertanya-tanya kenapa masjid yang menjadi ikon pelancongan negeri boleh terbiar dan tidak diselenggara.


“Jika masjid di kawasan kampung diselenggara dengan baik, sepatutnya Masjid Kristal juga diberi perhatian dan berharap masjid ini kembali gah seperti dahulu,” katanya.

Sumber:HMetro