Taman Tasik Titiwangsa yang baru dibaik pulih dan dinaiktaraf selama lebih kurang setahun telah dibuka secara rasminya kepada orang awam bermula hari ini.

Namun begitu, seperti yang telah dijangkakan, Taman Tasik Titiwangsa ini dilaporkan telah dirosakkan dan dicemari oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut seorang pengguna Facebook yang bernama Noor Fazlina Rosley, dia menyatakan yang  baru sahaja 5 jam tasik tersebut dibuka, pelbagai kerosakan serta kesalahan yang dapat dilihat terdapat di kawasan riadah itu.

Antara kerosakan serta kesalahan yang didakwa dilakukan oleh pengunjung taman tersebut adalah melakukan vandalisme di papan tanda, buang sampah di merata-rata tempat, penggunaan basikal melalui operator yang tidak berlesen, dan lain-lain lagi.

Seperti yang telah dimaklumkan,Taman Tasik Titiwangsa ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk dibaik pulih serta dinaik taraf. Namun, akibat sikap segilintir individu yang tidak bertanggungjawab ini,bagaimanakah keindahan dan kebersihan taman ini nak terjaga dengan rapi ?

Orang ramai yang mempunyai hasrat untuk berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa ini dinasihatkan supaya menjaga keindahan,kebersihan serta kemudahan yang disediakan supaya kemudahan ini boleh dipakai untuk suatu jangka masa yang lama.