SHAH ALAM – “Tahukah anda scaling (buang karang gigi) di klinik kerajaan RM2 sahaja?” itulah  kata-kata daripada seorang pelayan @ian_salleh bagi menjawab soalan netizen berkenaan harga ‘scaling’ bagi klinik kerajaan.

Sebelum ini, seorang pelayar dikenali @phoenixterbang telah menyatakan yang harga ‘scaling’ di klinik swasta berharga RM100 dan tidak pasti harga ‘scaling’ dikenakan bagi klinik kerajaan.

Perkongsian yang penuh informasi itu turut membuatkan netizen berkongsi penjagaan kesihatan gigi mereka malah ada juga yang memberitahu perkhidmatan seperti ‘scaling’ yang disediakan oleh klinik kerajaan cukup menyenangkan dan sebaliknya.

@abiqjazimins telah berkata bahawa dia pernah pergi ke klinik kesihatan dua minggu lalu dan hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM3 sahaja.

“Baru je pergi ‘scaling’ kat klinik kerajaan 2 minggu lepas. Jumlah habis RM3 dan klinik yang saya pergi masa tu seorang je ada, jadi tunggu dalam setengah jam je dah siap. Perkhidmatan terbaik,” katanya

Kata @ayukhaliddd, “Pernah pergi swasta, pernah pergi kerajaan. Dengan RM2 pun boleh dapat keputusan setanding swasta ye dik. Pernah dapat, kerajaan punya lagi elok. Kadang beratur panjang, kekadang pendek tapi tak lah teruk mana. Nak selamat, datanglah pagi. Sekian.” katanya.

“Kalau buat kat klinik kesihatan kawasan kampung, daftar terus masuk bilik rawatan,” tulis @Shevanilla.

 @syeriena menambah pula, “RM2 tak apa, cuma kena tunggu lama sikit, berbanding klinik swasta.”

“Betul dan tak faham kenapa orang masih nak pergi swasta. Bagus kot termasuk kerajaan pun. Lain la nak buat ‘whitening’, saya rasa baru berbaloi pergi swasta. Sistem pun sekarang terurus pantas dan efisyen!” tulis @asmahusseimiii.

Walau bagaimanapun, lain pula ceritanya daripada @rentak, katanya, “Tengok klinik juga, ada tempat buat ala kadar, ada yang tempat tu ok. Tengok pada individu yang buatkan.”

 Perkongsian @ian_salleh yang telah viral di laman sosial telah mendapat lebih 9,300 retweet dan 8,500 like daripada  warganet.

sila tukar berus gigi sekurang kurangnya sebulan sekali
berus gigi dua kali sehari
dan lakukan scaling di klinik kerajaan atau swasta
scaling membuang karang gigi
lakukan 6bulan sekali
terima kasih
labur sedikit duit untuk kesihatan oral

scaling rm100 di swasta
kerajaan x sure. pic.twitter.com/8MWM4IBIow

— MummyElle(saya bukan influencer/twitfamous (@phoenixterbang) December 29, 2019

Sumber:Sinar Harian