Mesti ada diantara kita yang pernah menonton Anime seperti Naruto, Doraemon dan lain-lain lagi.Kebanyakan dari kita mesti teruja dengan hasil karya pelukis grafik mereka yang dihasilkan dengan penuh teliti hingga ia seakan sama dengan dunia realiti.

Menariknya,pemandangan-pemandangan yang dihasilkan dalam anime tersebut sebenarnya boleh dicapai dengan menyunting gambar yang telah sedia ada.

Seorang pengguna Twitter yang merupakan seorang designer, Syaf, baru-baru ini telah berkongsi beberapa keping gambar hasil suntingannya yang mendapat lebih 50 ribu tanda suka dan 33.4 ribu retweet.

Anime Kuala Lumpur, Malaysia, 2019 pic.twitter.com/K9ygXeFOoE

— syaf (@syaf_newgate) December 15, 2019

Menurut Syaf,beliau menangkap gambar tersebut dari beberapa lokasi iaitu Kuala Lumpur,Ipoh dan Kajang dengan menggunakan kamera mirrorless miliknya.

Beliau kemudiannya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menyunting gambar tersebut dengan menggunakan perisian-perisian seperti Lightroom.

Katanya lagi,cara  menyunting gambar tersebut dipelajari olehnya melalui tutorial di Youtube daripada Noealz  dan Mclelun.

Perkongsian Syaf telah mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata amat kagum dengan hasil suntingannya.


Harap Malaysia ada filem anime sendiri


Atas permintaan ramai pihak,Syaf telah memberi beberapa tips untuk menyunting seperti anime.
Masukkan langit sekurangnya 40 peratus dalam gambar sebagai latar, tingkatkan kecerahan bayang dan meningkatkan saturation gambar. Di samping itu, kurangkan noise atau ambil gambar dengan ISO yang rendah.

Selain itu, anda juga boleh mengambil 3 gambar berbeza dengan exposure berbeza untuk memaksimakan option ketika suntingan.

Rendahkan kontra dan tingkatkan kejelasan (clarity) sedikit.


Anda boleh lihat hasil seninya di sini dan boleh juga tonton tutorial di bawah.

Bila lukisan cantik, kita cakap, “Wow cantiknya, nampak macam betul.”

Bila pemandangan cantik, kita cakap, “Cantiknya pemandangan, macam dalam lukisan.”

Sumber: Syaf