Ini boleh dijadikan antara bukti kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Gambar di atas merupakan Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland. Sungai ini dikenali dengan kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di antara Pizzo Barone ke Tasik Maggiore.

Air sungai ini memang jernih. Sehinggakan, jika anda menyelam pada kedalaman 10 meter pun, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang digunakan untuk merentasi sungai ini.

Sungai ini terletak di Swiss, Sungai Verzasca. Sungai ini memiliki panjang lebih kurang 30 kilometer. Air yang jernih serta pemandangan di bawah air yang amat menakjubkan sudah tentu dapat menyenangkan mata setiap pelawat yang melawat sungai ini.

Claudio Gazzaroli, seorang fotografi yang berusia 38 tahun, telah mengunjungi sungai ini. Dia kemudiannya berhasil menemukan sebuah jambatan melengkung yang dikenali dengan nama Roman Bridge.

Mulanya, Claudio hanya ingin menangkap gambar pemandangan daripada atas sungai, sama seperti yang dilakukan oleh pelawat lain. Akan tetapi, dia membuat keputusan untuk melompat ke dalam air dengan kameranya untuk menangkap perspektif baru di kawasan sungai berkenaan.

“Saya ingin menunjukkan keindahan tempat ini dengan cara baru. Kejernihan air sungai ini sangat menakjubkan. Saya suka tempat ini dan telah mengunjunginya sekitar dua ratus kali,” kata Claudio.