Seorang pengguna Facebook, Bel Nawhen, telah berkongsi nukilan mengenai kawan-kawannya yang bekerja di Hospital Sungai Buloh, dan terpaksa mengambil risiko untuk berhadapan dengan koronavirus ini, di samping untuk menghalang virus ini daripada terus merebak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, marilah kita sama-sama ikuti perkongsiannya di bawah:

Rakan doktor saya, rakan jururawat saya, rakan ppp saya, rakan ppk, rakan PPKP saya serta rakan mlt saya semua sedang bersiap siaga menyaring serta mengekang rebakan coronavirus dari berlaku.

Ya, mereka yang anda sering viralkan, mereka yang sering anda tuduh makan gaji buta, mereka yang tidak habis-habis anda perkecilkan itu yang akan mula-mula berdepan dengan virus ini.

Masih lagi rasa mereka ini tidak ada gunanya di mata anda?

Marilah kita sama-sama mendoakan agar kesemua kakitangan di Hospital Sungai Buloh ini sentiasa berada dalam jagaan Allah SWT, kerana mereka sedang menjalankan tugas yang amat berat demi melindungi negera.

Sumber: Bel Nawhen