Gambar sekadar hiasan

Wuhan, China- Disebabkan hospital dibanjiri dengan pesakit positif koronavirus serta orang ramai yang bimbang akan diajngkiti virus tersebut, ada antara staf di hospital terpaksa memakai lampin dewasa.

Menurut Business Insider, staf-staf berkenaan memakai lampin dewasa kerana tidak mempunyai masa untuk pergi ke tandas dek kerana sibuk merawat pesakit koronavirus.

Selain itu, mereka juga tidak mahu membuka sut perlingan itu kerana bimbang yang sut berkenaan akan menjadi rosak.

Bekalan sut perlindungan amatlah sedikit sehinggakan ada di antara mereka yang mengatakan mereka yang mendapat sut berkenaan itu ibarat memenangi loteri.

“Kami tahu sut perlindungan yang kami sedang pakai ini mungkin yang terakhir. kami tidak boleh bazirkan walaupun satu” kata salah seorang doktor.

Sumber: Business Insider