Dato’ Mohd Khay Ibrahim, beliau merupakan seorang yang sangat rendah diri tetapi tegas dan berprinsip jelas dalam urusan bisnes. Beliau merupakan salah seorang daripada usahawan Muslim yang berjaya. 

Buat pengetahuan anda, beliau merupakan pengasas kepada syarikat Zikay Group bersama adik beliau iaitu Dato’ Iszhar Ibrahim. Adik beliau merupakan seorang kontraktor kelas A dan pemilik hotel bertaraf 5 bintang di Kampung Baru, iaitu Tamu Hotel & Suites. Ianya sebuah hotel yang menawarkan pemandangan Kuala Lumpur, KLCC dan Menara KL di kafeterianya yang terletak di tingkat 27 hotelnya.

Baru beroperasi selama 1 tahun, Hotel & service apartment ini mempunyai 40 tingkat, dengan 27 tingkat untuk hotel dan 13 tingkat untuk suites apartment. Hotel ini dibina sendiri oleh syarikat pembinaan ZIKAY dengan bantuan pembiayaan Perbankan Islam. Hotel ini bertaraf Hotel 5 bintang, cuma setakat ini ia hanya mampu mendapatkan 4 bintang kerana ketiadaan beberapa fasiliti yang ‘kontroversi’ bagi pengkelasan 5 Bintang.

Rata-rata pekerja yang bekerja di hotel ini adalah muslim Malaysia yang asalnya datang dari pelbagai hotel yang ternama. Pekerja-pekerja ini sudah sekian lama mencari peluang untuk bekerja di hotel taraf 5 bintang. Namun, mereka ingin menitik beratkan kriteria halal dan menjaga hukum syara’. Oleh itu, dengan wujudnya hotel ini ia dapat memberi peluang keemasan dan seperti menjadi fardhu kifayah buat usahawan Muslim yang mampu supaya terus berusaha.

Hotel ini terletak di hadapan Masjid Kampung baru. Lokasi hotel ini sangat menarik kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur selain mempunyai pelbagai kawasan untuk membeli belah, dan juga berhadapan Hospital Islam dan Masjid.

Sumber: KrissMerah.com