Gred merupakan antara perkara yang paling perlu dititik beratkan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan-peperiksaan besar seperti PT3 dan SPM.

Oleh itu, ramai pelajar serta ibu bapa percaya bahawa dengan mendapat gred A, B dan C menentukan kecemerlangan keputusan seseorang pelajar itu.Sekiranya, memperoleh gred D atau E pula dikira mencacatkan slip keputusan peperiksaan pelajar.

Fokus pada bahagian tertentu

Jika dilihat dari sudut positif, pemarkahan dalam bentuk gred dapat memudahkan para pelajar supaya mereka dapat fokus kepada gred sasaran mereka terutamanya bagi mereka yang tidak kuat dalam bidang akademik.


Apabila mereka mengetahui yang mereka hanya perlu mendapat gred D untuk lulus, pelajar-pelajar dapat merancang untuk menumpukan pada bahagian yang tertentu sahaja.

Namun taktik seperti itu tidak mudah dilakukan bagi para pelajar di sesetengah negara seperti Korea dan Jepun, di mana cara pemarkahan mereka di bawah 60% sudah dikira gagal.

Dalam satu muat naik di Twitter berkenaan sistem penggredan di negara Korea, ramai warganet yang kecut perut dengan standard akademik yang sangat tinggi.

The Korean grading system. In SA we are playing pic.twitter.com/LpRqTr5ODb

— Bareng (@BarengbathoSA) December 16, 2019

Selain itu, terdapat juga warganet yang memberikan kritikan terhadap budaya orang asia di mana keputusan akademik dilihat sebagai tanda kejayaan seseorang itu dalam hidup sehinggakan telah memberi tekanan kepada para pelajar.

“Tiada apa yang perlu dibanggakan…”


“Sanggup dapat 71 dengan keadaan mental yang stabil…”


“Ingin yang terbaik untuk anak-anak”


 “Lebih baik uji kemahiran hidup dari bersaing siapa yang dapat menghafal lebih baik”


“Tidak mustahil sebab dorang belajar semua subjek dalam bahasa sendiri”


“Dapat straight F kalau di Korea”


Sumber:Twitter