Sperti yang kita semua tahu, Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Mahmud Iskandariah sangat dekat dengan rakyat jelata baginda serta baginda juga selalu menggunakan platform media sosial untuk mengkongsikan buah fikiran serta pendapatnya.

Baru-baru ini, baginda telah berkongsi satu soalan di laman Twitter rasmi baginda mengenai bidang kuasa kementerian dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Siapa lebih berkuasa? Kementerian pelajaran atau PIBG?” tulis baginda dalam tulisan jawi.

سياڤا لبيه برکواس؟ کمنترين ڤلاجرن اتاو pibg ؟

— تنکو عزيزة محمود إسکندر (@cheminahsayang) January 2, 2020

Menurut baginda lagi, anak-anak baginda turut bersekolah di sekolah kerajaan.

“Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian,” kata baginda. 

Tweet baginda itu turut mendapat sokongan daripada kebanyakan pengikut baginda yang sangat bersetuju dengan kenyataan baginda itu.



Sumber:Tunku Azizah