Kelmarin, media melaporkan bahawa Iran telah menembak peluru berpandu ke arah wilayah Al Anbar, Iraq. Tindakan Iraq itu dikatakan sebagai balasan kepada Presiden Donald Trump yang telah membunuh Komander Qassim Soleimani.

Presiden AS, Donald Trump nampaknya terkesan dengan perkara itu, lalu beliau menyatakan yang semuanya baik-baik saja.

All is well! Missiles launched from Iran at two military bases located in Iraq. Assessment of casualties & damages taking place now. So far, so good! We have the most powerful and well equipped military anywhere in the world, by far! I will be making a statement tomorrow morning.

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 8, 2020

Namun, menurut laporan dari media antarabangsa, beberapa peluru berpandu yang ditembak tidak mengenai sasaran yang sepatutnya. Dua daripada 17 peluru berpandu yang ditembak di Al-Assad telah mendarat di sebuah perkampungan di Heet yang terletak kira-kira lebih 40 KM dari Al-Assad.

احدى صواريخ قصف ايران البالستية التي سقطت في قرية حيطان في هيت ٤٠ كم عن قاعدة عين الاسد
.
One of the ballistic missiles of Iran that landed in the village of Hitan in Heet, 40 km from the Ein Al-Assad Airbase#insm_iq#Iran #Iraq #USvsIran #IranUsa pic.twitter.com/8MFI8xMUnB

— Hamzoz 🇮🇶 حمزوز (@Hamzoz) January 8, 2020

Menurut satu tweet yang dimuat naik oleh seorang wartawan CNN, dia menyatakan yang ramai pemimpin tentera AS mengganggap bahawa Iran sengaja memilih sasaran yang tidak akan memerlukan korban nyawa yang banyak.

Pentagon official tells me that many US military leaders think Iran deliberately chose targets that would NOT result in loss of life especially US life: “Deliberate targets, minimum damage, maximum warning/effect.”

— Jake Tapper (@jaketapper) January 8, 2020

Tambahan pula, sasaran itu bertujuan hanya uuntuk memberi amaran dan ianya tidak bertujuan untuk kerosakan yang besar. Menurut David Mortan dari Koresponden Keamanan Nasional dari Bahagian Pertahan AS, Pentagon, peringatan telah diterima beberapa jam sebelum serangan itu.Peringatan itu bertujuan untuk pasukan supaya mereka dapat berlindung.

Sugguhpun begitu, Martin masih lagi meragui yang ada kemungkinan Iran sengaja membuat dua peluru berpandu itu tersasar.Pihak Pentagon juga masih lagi meneliti kemungkinan berkenaan.

Sumber:Tribunnews