Karya seni merupakan manifestasi hati. Contohnya, apabila kita melihat karya seni tidak kiralah  ia berbentuk lukisan ataupun seni yang dihasilkan oleh artis seni, setiap karya itu mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Sebagai contoh, karya “Old Man in Sorrow” yang dihasilkan pada tahun 1890 ini merupakan antara karya terakhir Vincent van Gogh, pelukis seni yang menderita akibat tekanan mental sehingga nafasnya yang terakhir.

Baru-baru ini, seorang penceramah pelajar sekolah, Akhi Faizruz Al-Jengkawi telah memuat naik kiriman gambar yang dimuat naik oleh seorang wanita.
Menurut wanita berkenaan, dia berkata yang lukisan itu dilukis oleh seorang murid yang berusia 10 tahun.

“Bagi saya, ini bukan gurauan. Bukan benda kelakar. Ia bukan satu lukisan yang tidak memberi apa erti. Ia serius! Sangat!

Ini adalah manifestasi kesedihan, kesunyian, ketakutan yang telah bersarang sedikit demi sedikit, boleh jadi seawal usia 7 tahun.

Jika kita mak ayah, apa yang akan kita lakukan? Abaikan atau membantu?

Saya bukanlah pakar mentafsir gambar, tetapi menurut pengamatan saya, lukisan kanak-kanak yang dikongsi Puan Zila Aloyah ini bermaksud,

1. Gambar pokok dan manusia yang diwarnakan dengan pensel. Ia menggambarkan belenggu jiwa yang disimpan selama ini.

2. Lukisan daun yang berguguran. Ia seolah-olah memberitahu tiada lagi harapan bagi dirinya. Dan agak menghairankan ia dilukis mirip-mirip bentuk love dan ‘love’ ini jatuh gugur di bawah.

3. Manusia yang bunuh diri. Idea bunuh diri telah ada. Ini bukan main-main.

Gambar sekadar hiasan

Apa yang kita boleh bantu?

Jika kejadian berlaku di sekolah, mohon guru yang menjumpai lukisan kanak-kanak berkenaan merujuk budak ini kepada kaunselor.

Hubungi ibubapa, terang apa yang berlaku dan please rujuk ke hospital bertemu pakar psikiatrik kanak-kanak.

Bantu dari awal sebelum ia jadi lebih teruk.


Jika berlaku satu benda buruk kelak, jangan pula kita kata, “tengok anak happy je, tak ada masalah.” Sedang kita seolah-olah terlupa dia pernah meluahkan kepada kita melalui tulisan atau ketika perbualan seharian.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi