Pesawat pengebom air dilaporkan telah terhempas semasa memadam kebakaran hutan yang berlaku di Australia. 3 orang dilaporkan telah terkorban.

Pada pukul kira-kira 1.30 tengah hari(waktu tempatan), pesawat jenis C-130 Hercules itu dilaporkan telah terputus hubungan.

Namun, kejadian yang berlaku di Snowy Mountains, New South Wales masih belum dapat diketahui lagi. Kesemua mangsa merupakan anggota bomba warga Amerika Syarikat.

80 kebakaran dilaporkan telah berlaku di kawasan berkenaan selepas cuaca panas serta berangin melanda negara itu.

Menurut sumber, pesawat berkenaan telah terhempas di dalam zon kebakaran aktif yang berada 2 jam dari bandar Canberra.

“Laporan awal menyatakan bahawa pesawat tersebut telah terhempas dan terdapat kepulan api yang besar semasa pesawat itu terhempas” kata Pesuruhjaya Shane Fitzsimmons.

Sementara itu, 3 orang krew yang maut itu masih belum dapat dikenal pasti lagi.

Berikutan daripada tragedi tersebut, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah melafazkan ucapan takziah buat keluarga mangsa menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

Sumber: BBC