RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakandanya kini sedang berada di Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Menerusi akaun Twitter rasmi baginda, baginda dan anakandanya telah memuat naik perkara itu untuk tontonan umum.

“May Allah accept our umrah,” tulis puteri keempat baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah menerusi satu Tweet.

Selain itu, baginda turut berkongsi tiga Tweet tentangkeberangkatannya ke Tanah Suci dengan menggunakan tulisan jawi.

الحمدلله سلامت عبادة عمرة دان سمڤت سمبهيڠ صبح pic.twitter.com/4Ifz1YHaUL

— تنکو عزيزة محمود إسکندر (@cheminahsayang) December 29, 2019

May Allah accept our Umrah pic.twitter.com/ggxb54fwkL

— TPA (@tengkuafzan1) December 29, 2019

Antara tiga Tweet dalam tulisan jawi tersebut adalah bagi meminta semua rakyat agar mendoakan keselamatan baginda sekeluarga sepanjang baginda berada di Tanah Suci.

Rata-rata rakyat Malaysia mendoakan keberangkatan baginda ke Tanah Suci dilindungi oleh Allah S.W.T serta baginda akan mendapat umrah yang mabrur.

“Mohon tuanku doakan saya diberikan kesihatan yang baik dan dilepaskan dari segala bentuk Ujian. Doakan kami berpeluang menjejakkan kaki ke sana,” kata salah seorang netizen.

“Take care kat sana Tengku, moga urusan Tengku dan keluarga dipemudahkan,” tulis seorang lagi netizen.

“Tuanku jangan lupa doakan saudara-saudara Uyghur dan di negara bergolak lain,” kata lagi seorang netizen

Selain daripada itu,keluarga Diraja itu turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang keberadaan mereka di Tanah Suci.

Video KDYMM Pemangku Raja Pahang membantu YAM Tengku Panglima Raja bertahallul di Bukit Marwa, Masjidil Haram#houseofpahang #pahang #pemangkurajapahang #tengkupanglimaraja #umrah pic.twitter.com/34qlGQAEEh

— House Of Pahang (@HouseOfPahang) December 28, 2019

دعاء سلامت د لاڤڠن تربڠ برسام راج ڤرمڤوان ڤرليس pic.twitter.com/1EFuKiyId8

— تنکو عزيزة محمود إسکندر (@cheminahsayang) December 29, 2019