Baru-baru ini, viral di laman sosial satu kisah  yang amat menyayat hati netizen.Kisah ini mengenai sepasang suami isteri yang sanggup mengharungi perjalanan jauh dari Johor ke Selangor dengan hanya menaiki sebuah motorsikal dengan hasrat untuk menemui anak mereka yang sedang menuntut di sebuah institusi.Kisah mereka mendapat banyak perhatian dalam kalangan warga net apabila pasangan suami isteri tersebut dikatakan terpaksa pulang dengan perasaan kecewa apabila anak mereka enggan  bertemu dengan mereka sehingga kisah ini mengundang rasa geram dalam kalangan netizen.

Terbaru,menerusi laporan Harian Metro, anak kepada pasangan suami isteri tersebut tampil menyatakan hal yang sebenar bagi menghapuskan segala salah faham dan kritikan negatif yang dilemparkan pada dirinya sejak beberapa hari ini.

Salah faham


Menurut laporan Harian Metro,remaja tersebut yang diberi nama Siti Syahirah Md Daim menerusi satu kenyataan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kolej tempat dia sedang menuntut,isu yang sedang hangat itu telah pun selesai pada saat ini.


Katanya,ia berlaku disebabkan oleh salah faham yang melibatkan dirinya,keluarga serta individu yang bertanggungjawab menyebarkan kisah berkenaan.


Katanya lagi,perkara tersebut tidak  sepatutnya dipanjangkan lagi kerana hanya pihak tertentu sahaja yang mengetahui perkara yang sebenar.



      “Tidak perlulah dipanjangkan, cukup sekadar saya dan pihak tertentu saja yang mengetahui hal         sebenar.”

Harap tiada lagi spekulasi




Jelas Syahirah lagi, individu yang bernama ‘Su’ itu seperti dalam kisah yang diviralkan juga tidak terlibat dalam perkara tersebut dan dia meminta agar semua pihak terus berhenti membuat spekulasi  mengenai isu tersebut atau menyerang mana-mana pihak yang tidak berkaitan.

Bahkan,remaja ini juga berharap tiada lagi spekulasi timbul sehingga boleh menjatuhkan maruah dirinya serta maruah keluarganya.


“Untuk pengetahuan, kenalan yang bernama ‘Su’ (bukan nama sebenar) tidak terbabit dalam isu itu dan diminta untuk berhenti membuat spekulasi sendiri atau menyerang pihak yang tidak berkenaan.”


“Saya berharap tiada lagi spekulasi timbul yang boleh menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar melalui perkara yang sudah berlaku.”



Siti Syahirah dalam kenyataan itu juga berhasrat supaya dengan penjelasannya ini dapat meraih perhatian daripada semua pihak untuk menangkis kenyataan  lain berkaitan dirinya.

Sumber: Harian Metro