Selepas kebakaran hutan yang dahsyat berlaku di Australia, bencana lain dapat dilihat mula mengambil alih susulan berlakunya banjir, hujan batu serta ribut debu yang dahsyat

Cuaca berkenaan telah mengancam keselamatan penduduk tempatan terutamanya bagi mereka yang tinggal berhampiran Sydney.

Selain itu, Biro Meteorologi Australia telah mengeluarkan amaran mengenai ribut petir teruk yang melanda Queensland, Victoria, NSW serta wilayah ibu kota Australia.

Malahan, telah berlaku fenomena yang teruk iaitu hujan batu yang bersaiz sebesar sebiji bola golf telah melanda beberapa tempat dan telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam.

Impak daripada hujan batu berkenaan, dua orang lealki telah dilaporkan tercedera.Mangsa masing-masing berumur 16 dan 24 tahun.

Seterusnya, memetik daripada satu laporan, ribut berkenaan dikatakan sedang menuju ke kawasan NSW, Victoria serta bahagian tenggara Queensland.

Hujan batu yang dilaporkan melanda Australia sekitar tempoh lebih kurang 15 minit itu telah mengakibatkan bangunan, kediaman penduduk serta kenderaan orang awam mengalami kerosakan yang teruk.Setakat ini, sekurang-kurangnya dua orang sahaja yang dilaporkan mengalami kecederaan semasa fenomena itu berlaku.

Sumber: Daily Mail