Gambar sekadar hiasan

Angkatan tentera udara Indonesia telah menghantar empat buah jet pejuang ke Laut China Selatan berikutan selepas pertikaian antara China dengan negara itu. China telah melanggar hak zon ekonomi ekslusif  Indonesia.

Pertikaian ini bermula sejak pertengahan bulan Disember lalu selepas kapal pengawal pantai China mengiringi kapal nelayan negara berkenaan yang memasuki perairan di kepulauan Natuna di Utara Indonesia. Lantaran itu, Jakarta segera memanggil duta besar Beijing.
Isu ini menyebabkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara itu menjadi tegang.
Fajar Adriyanto, jurucakap tentera udara, telah berkata yang empat jet F-16 telah terbang ke pulau-pulau.
“Mereka melakukan rondaan untuk melindungi kawasan kedaulatan kita.Jadi, mereka melakukan rondaan di Natuna”.

Tambah beliau lagi, mereka tidak menerima apa-apa arahan untuk berperang dengan China.

Laut China Selatan merupakan perdagangan global, kerana ia memiliki kawasan perikanan serta rizab tenaga yang kaya.

Sumber:Reuters