Jumaat lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam ucapannya telah dikatakan berterima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan dia berazam untuk mendapatkan pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) dengan mengambil alih Tebing Barat.

Pengumuman tersebut ditujukan kepada penyokongnya, sehari selepas dia telah berjaya mengalahkan pesaingnya iaitu Gideon Sa’aar dengan mudah sekali.

Menurut akhbar Times of Israel, kemenangan yang diperolehi oleh Netanyahu untuk kekal sebagai pemimpin Parti Likud itu dikatakan mempunyai kaitan dengan pelan enam perkara yang digariskan oleh Perdana Menteri Israel tersebut.

Pertama sekali, kita akan memuktamadkan sempadan kita; kedua, kita akan menggesa AS untuk mengiktiraf kedaulatan negara kita di Lembah Jordan dan utara Laut Mati; ketiga, kami akan menggesa AS untuk mengiktiraf kedaulatan ke atas semua kawasan di Tebing Barat tanpa sebarang pengecualian.

“Keempat, kita akan menggesa AS untuk menjalinkan perikatan pertahanan bersejarah bersama bagi melindungi kebebasan tindakan Israel; kelima, menyekat kemaraan Iran dan sekutunya secara habis-habisan dan yang terakhir sekali adalah berusaha untuk membuat perjanjian damai dengan negara-negara Arab,” kata Netanyahu.

“Perkara ini pasti akan tercapai” kata Netanyahu lagi

Sumber:Times Of Israel