Sebanyak 80 orang pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah pondok yang terletak di Bukit Gedombak, hanya memakan nasi putih yang berlaukkan telur goreng dengan air kosong sahaja sebagai menu makanan mereka.

Menu seperti itu terpaksa dihidangkan kepada mereka sekiranya tiada sumbangan lauk-lauk daripada orang ramai ataupun pihak pengurusan tidak mampu untuk membeli lauk-pauk lain.

Meskipun menu seperti itu hanya kadang-kadang sahaja dihidangkan kepada para pelajar, namun ,kesusahan yang terpaksa ditempuhi oleh pelajar tahfiz berkenaan yang berusia antara 8 hingga 20 tahun itu telah menyentuh perasaan ramai orang.

Apa yang lebih menyedihkan ialah para pelajar juga terpaksa hidup dalam serba kekurangan dengan katil yang patah yang kemudiannya dilapik dengan batu.

Selain itu, ruang untuk mereka mengaji juga tidak berapa selesa kerana mereka belajar dengan menggunakan meja usang yang diperbuat daripada papan lapis serta kayu.

Menurut salah seorang pelajar pusat tahfiz berkenaan, dia baru sahaja belajar hampir dua minggu di pusat tahfiz itu, dan dia menyatakan yang dia seronok belajar di sana kerana mahu mencapai impiannya untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran.

Di samping itu, mudir kepada pusat tahfiz berkenaan, Zakir Zakaria telah berkata yang, pihaknya menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak lebih RM 10,00 setahun.Walau bagaimanpun, ia masih belum mencukupi.

Mereka turut menyatakan yang mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulan dan RM100 untuk belanja makan sehari.

Ada juga beras ataupun lauk-pauk yang kadang-kadang disumbangkan oleh orang ramai ataupun orang korporat.

Kata Encik Zakir Zakaria lagi, demi mendalami Al-Quran dan mahu melahirkan lebih banyak ramai para penghafaz Al-Quran, beliau juga sanggup untuk mengambil pelajar tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Sebelum ini, pihaknya mengenakan yuran bulanan sebanyak RM100 untuk sebulan, namun ramai yang tidak mampu serta miskin.

Sekolah pondok berkenaan telah beroperasi sejak tiga tahun lalu di atas tanah wakaf, dan mereka sememangnya bergantung kepada sumbangan orang ramai.

Kepada orang ramai yang ingin menderma kepada sekolah pondok ini bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Madrasah Darul Uluum (03-0900-1006-2591) menerusi Bank Islam.

Sumer: SinarHarian