Sejak akhir-akhir ini,isu tentang penindasan China terhadap etnik Uyghur telah menjadi semakin hangat sejak beberapa minggu yang lalu dengan mendapat pelbagai protes di beberapa buah negara.Bukan setakat itu sahaja,pemain bola sepak Arsenal,Mesut Ozil turut mengeluarkan kenyataan yang meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan negara itu.

Sungguhpun begitu,anda mengetahui siapa sebenarnya etnik Uyghur?

Seorang pengguna Instagram,Mizznina,beliau telah memuatnaik satu kiriman yang menerangkan sejarah mengenai masyarakat Uyghur yang pada asalnya mempunyai negara bangsa sendiri namun hak mereka telah dinafikan dengan pelbagai penindasan yang kejam.

Mizznina dikenali dengan penglibatannya dalam pelbagai misi kemanusiaan di negara yang sedang dalam konflik,perkongsiaan Mizznina itu telah membuka mata orang ramai mengenai apa yang sebenarnya yang telah berlaku terhadap etnik Uyghur.
Rata-rata netizen juga menunjukkan pelbagai reaksi termasuklah reaksi marah dan sedih.

 Sumber: Mohd Khairul Anwar Ismail via Mizznina