Melalui satu kiriman di Twitter, seorang individu telah berkongsi jawapan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai isu pembelian barang secara atas talian daripada negara yang menjadi titik permulaan kepada koronavirus iaitu China.

Selepas itu, KKM telah memberikan jawapannya. Dalam jawapan mereka, mereka mensarankan agar warganet menggunakan sanitizer ataupun cecair pembasmi kuman untuk barangan yang mereka beli daripada China.

Meskipun tiada langkah pencegahan untuk barang-barang yang datang daripada negara berkenaan, KKM turut menyatakan yang adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah awal.

Langkah awal sila ‘sanitize’ barangan yang diterima

Sumber: Twitter