Seorang individu telah melakukan ‘amalan’ pelik, iaitu memakan bedak sehingga 200 gram dalam sehari.

Ianya bermula 15 tahun lalu, ketika wanita ini sedang mengeringkan anaknya yang baru selesai mandi.

Keinginannya untuk memakan bedak semakin meningkat. Ibu kepada lima orang cahaya mata itu mengakui yang dia akan meletakkan bedak talkum di bahagian bawah tangannya setiap kali selepas 30 minit berlalu.

Selain itu, dia juga menyatakan yang dia membelanjakan lebih kurang 10 dollar atau RM50 seminggu untuk membeli jenama bedak kegemarannya. Waktu yang paling lama yang dia tidak memakan bedak adalah selama dua hari sahaja.

Seterusnya, wanita itu sudah bertahun-tahun merahsiakan amalannya itu, namun, akhirnya dia terpaksa mengaku selepas bekas teman lelakinya mempersoalkan tindakannya yang selalu keluar masuk daripada bilik air.

Selepas itu, dia telah berjaya memberanikan diri untuk mendapatkan daripada pakar selepas doktornya memberitahu yang dia mempunyai sindrom pica.

Sindrom pica ialah gangguan makan sebarang makanan yang tidak sepatutnya dimakan pun. Contohnya seperti, kaca, habuk dan lain-lain lagi.

“Saya mampu makan sebanyak 200 gram sebotol dalam masa satu hari sahaja. Saya juga masih ingat bagaimana perasaan semasa saya tertarik dengan baunya”.

“Sekarang saya tidak boleh ‘berjauhan’ darinya kerana apabila sedar dari tidur, saya akan memakannya setiap setengah jam. Saya tidak mampu melalui setengah jam lagi tanpanya” katanya.

Sumber: Dailymail