Sebuah pasar di Indonesia yang terkenal dengan kepelbagaian daging haiwan-haiwan yang eksotik, masih lagi menjual daging kelawar, tikus serta ular meskipun kerajaan telah melarangnya untuk dijadikan daripada salah satu menu berikutan daripada krisis Covid-19.

Para peniaga yang menjual daging-daging eksotik ini menyatakan yang perniagaannya semakin maju kerana para pelancong yang mempunyai sifat ingin tahu, selalu makan di tempat mereka kerana ingin merasai pengalaman memakan daging eksotik.

Seorang lelaki yang menjual kelawar di salah sebuah di pasar berkenaan turut menyatakan yang penjualan masih akan diteruskan, dan kebiasaannya barang yang dijualnya akan selalu habis.

Selain itu, menurut Daily Mail, daging kelawar merupakan makanan tradisional masyarakat Minahasa yang berasal dari Sulawesi Utara. Secara kebiasannya daging kelawar itu akan dijadikan hidangan kari yang dipanggil dengan nama Paniki.

Sumber: Daily Mail