Tidak mudah sekiranya ada ahli keluarga lain ingin menukar agama atau menganut agama lain selain daripada agama yang dianut oleh seluruh ahli keluarga.

Anty Kilin, telah berkongsi kisah mengenai dua orang anak perempuannya yang berlainan agama, menerusi akaun Facebook miliknya. Kisah Aunty ini boleh dijadikan teladan ataupun inspirasi kepada ibu bapa lain diluar sana yang mungkin berhadapan dengan situasi seperti ini.

Sumandak sy yg sya sayang..

Mungkin kamu terpisah oleh dua Agama yang berbeza tapi sedikit pun tidak akan meretakkan hubungan dan ikatan persaudaraan dan paling penting Kasih Sayang seorang Ibu ini tidak akan berubah walau mcmana pun. Sama ada kau Muslim atau Kristian, asal kamu adalah dari Rahim yang sama, susu gantung yang sama.. keluar dari tempat yang sama, pindik kata Ibulah SYURGA pertama kamu dan jangan sesekali saling bermusuh atau mengasiburuk antara satu sama lain. Hormati dia sebagai kakak dan dia akan menghormati kau sebagai adik.

Restu dan Doa ibu untuk anak, akan sentiasa bersama kamu walau di mana pun kamu berada, dalam situasi kamu mcmana..

Anak Sulung
*Saat dia memilih untuk Memeluk Agama Islam, saya telah memberikan restu seikhlasnya dan meminta bakal suaminya untuk menjadikannya sebaik baiknya wanita Muslimah..

Anak Kedua
*Mami.. saya mahu masuk sekolah AlKitab.. Saya mahu memberikan tumpuan pada Gereja, supaya saya boleh mendoakan semua orang… “

Apa lagi yang saya boleh katakan.. selain daripada memberikan restu kepada apa yang diurang sudah pilih.. Anak anak sa terbaik, walaupun saya bukan lah ibu yang terbaik…

Sumber: Anty Kilin