Baru-baru ini,Azilah Hadri telah membuat pengakuan sumpah.Pengakuan sumpah tersebut dibuat pada 16 Disember lepas.Azilah Hadri mendakwa telah menerima arahan daripada bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk membunuh Altantuya Shariibu.Dato Seri Najib telah menyatakan yang beliau bakal membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.

Hasrat beliau itu telah disuarakan sendiri oleh beliau melalui laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini.

Sekian, terima kasih.


Dato Seri Najib sebelum ini telah menafikan dakwaan yang beliau telah terlibat dengan konspirasi berkenaan.

Sumber:Najib Razak