Bukan manusia sahaja yang sengsara akibat daripada kebakaran hutan yang berlaku di Australia, haiwan-haiwan yang tinggal  di dalam hutan tersebut merupakan yang paling sengsara.Nasib baiklah, kebanyakan dari haiwan-haiwan tersebut berjaya menyelamatkan dirinya atau pun diselamatkan.

Selain gambar seekor kanggaru yang mati rentung akibat kebakaran itu, terdapat juga gambar-gambar lain yang dikongsikan.Gambar-gambar tersebut telah menyentuh hati penduduk-penduduk dari seluruh dunia kerana ia mengenai haiwan yang menyelamatkan diri mereka.

Mungkin foto-foto seperti ini tidak sesuai buat tontonan umum, namun secara hakikatnya inilah sebenarnya yang sedang berlaku di Asutralia sekarang.

Haiwan-haiwan tersebut dapat dilihat sedang berlari mencari tempat untuk berlindung,saling berpelukan antara satu sama lain.Hati siapa yang tidak sedih melihat ini.

  Akhir kata, marilah kita semua berdoa agar musibah ini hilang dengan sepenuhnya demi keselamatan haiwan-haiwan ini.

Sumber:Wait Video