Satu lagi penderaan yang dilakukan ke atas etnik Uighur telah diketahui.Pihak berkuasa negara China telah mewujudkan program “Pair Up and Become Family”.

Amalan ‘rogol besar-besaran’ terhadap etnik Uighur itu dilakukan dengan alasan untuk perpaduan etnik.

Bulan lepas,beberapa media Barat telah melaporkan bahawa lelaki China etnik lain telah diarahkan untuk mengawasi rumah wanita Uighur yang mana suami mereka ditahan oleh pihak berkuasa.

Menurut Rushan Abbas, seorang aktivis Uighur yang ahli keluarganya sedang ditahan di kem Xinjiang lebih kurang satu tahun lalu.Beliau berkata yang ia adalah sistem rogol sistematik yang dilaksanakan oleh kerajaan China bagi menghapuskan identiti etnik itu.

“Ini adalah rogol besar-besaran, pihak kerajaan telah menawarkan wang, perumahan dan pekerjaan kepada lelaki etnik berkenaan untuk datang dan ‘berkahwin’ dengan wanita Uighur.

“Wanita Uighur atau keluarga mereka tidak boleh menolak perkahwinan itu kerana jika menolak mereka akan dianggap sebagai pelampau islam kerana enggan mengahwini lelaki tersebut, Mereka tiada pilihan.

“Lelaki itu telah merogol wanita Uighur atas dasar nama perkahwinan selama bertahun-tahun. Ia disedari oleh media setahun yang lalu”, katanya lagi.

Walaupun kerajaan China menyatakan yang program tersebut demi perpaduan,ia juga membolehkan para pegawai untuk menguasai Uighur yang telah menghabiskan beberapa dekad yang hidup di bawah pengawasan.

Bulan lalu, seorang pegawai China telah memberitahu Radio Free Asia yang tujuan sebenar program itu dilaksanakan adalah untuk membantu keluarga dengan ideologi mereka ,membawa idea baru, berbincang mengenai kehidupan bagi mewujudkan perasaan antara satu sama lain.

“Biasanya seorang atau dua tidur sekatil tetapi jika cuaca sejuk, tiga orang tidur bersama. Sekarang dianggap normal jika wanita tidur bersama dengan ‘saudara lelaki’ pasangan mereka,” kata pegawai itu.

Menurut pegawai itu lagi,mereka juga memberitahu yang wanita akan tidur satu meter jauh dari ‘saudara lelaki’ berkenaan yang merupakan pegawai Parti Komunis yang tidak pernah mengambil kesempatan.

Walau bagaimanapun,menurut Rushan Abbas,semua itu merupakan satu pembohongan kerana ramai wanita Uyghur telah hamil.

Kekerasan dan kekejaman yang dilakukan oleh kerajaaan China terhadap etnik Uyghur dilaporkan telah berlaku sejak berdekad lalu.Nampknya penindasan itu tiba-tiba memuncak secara mendadak ketika pemerintahan Xi Jinping.

Kerajaan Xi didakwa sedang berusaha untuk membanteras amalan agama di China dan Islam merupakan sasaran utama.Sebab utama yang berlaku terhadap etnik Uyghur di Xinjiang ialah Kerajaan Xi merupakan Islamofobia.

Sumber: news.com.au