Asap akibat kebakaran hutan yang berlaku di Australia telah dilihat sedang mula bergerak mengelilingi seluruh dunia. Gambar satelit yang ditangkap oleh National Oceanic and Atmospheric Administration telah menunjukkan jerebu akibat kebakaran hutan berkenaan sedang dilihat menutupi langit di benua di Amerika Selatan.


#GOESWest is watching this plume of #smoke from the #AustralianBushfires as it drifts across the #SouthPacific. It is nearly the size of the Continental #UnitedStates.
More real-time imagery: https://t.co/SNS92u2rBK#Australia #AustraliaFires #Bushfires #Fires #SmokePlume pic.twitter.com/B0MvtdYHf5

— NOAA Satellites (@NOAASatellites) January 8, 2020


Pengkaji  atmosfera telah menyatakan yang kebakaran hutan itu telah membebaskan beratus-ratus juta tan karbon dioksida ke atmosfera bumi.

“Kira-kira 400 juta tan karbon telah dilepaskan hasil daripada kebakaran hutan yang terjadi di Australia ini” kata Dr. Pep Canadell yang merupakan ketua saintis dari agensi kajian kebangsaan Australia serta pengarah eksekutif Global Carbon Project yang memerhati pelepasan gas rumah hijau global

Untuk meletakkan angka berkenaan dalam perspektif, jumlah pelepasan Australia dari sumber buatan manusia pada tahun lepas adalah lebih 540 juta tan. Oleh itu, kebakaran hutan yang berlaku tahun ini, yang didorong oleh suhu rekod yang tinggi dan kemarau, telah melepasi dua pertiga daripada jumlah berkenaan.

Akan tetapi benda yang lebih membimbangkan adalah sebahagian besar kawasan yang terbakar ini, termasuk dua yang bergabung menjadi “megafire” besar-besaran, terbakar di kawasan-kawasan yang boleh mengambil masa sedekad atau lebih lama untuk tumbuh semula.

Sumber: NPR