Kelmarin,gerhana Matahari Cincin yang telah berlaku dikatakan turut mempengaruhi tingkah lalu haiwan.

Menurut pemerhatian yang dibuat oleh sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke atas reaksi haiwan ketika gerhana matahari itu yang terletak di Zoo Johor.Sekumpulan rusa dapat dilihat sedang duduk secara berkawanan semasa gerhana matahari itu berlaku.

“Ular menjadi pilihan untuk dilakukan pemerhatian kerana sifat haiwan itu yang sensitif terhadap perubahan alam. Berdasarkan pemerhatian, haiwan itu bergerak sekali sekala sebelum waktu kemuncak gerhana dan tidak bergerak pada waktu kemuncak.

Monyet pula dilihat agresif pada sebelah pagi tadi sebelum diam pada waktu kemuncak gerhana,” kata Nur Rabiatuadawiyah Baharul Azidi, 25, yang merupakan salah seorang pelajar yang terlibat dalam pemerhatian itu.

Kesemua pelajar tersebut memulakan pemerhatian mereka pada pukul 9 pagi dan kemudiannya memberi perhatian penuh kepada haiwan semasa kemuncak gerhana yang berlaku kira-kira pada pukul  1.20 tengah hari sehinggalah gerhana tersebut berakhir pada pukul 3.20 petang.Pemerhatian tersebut dilakukan kepada haiwan-haiwan jenis mamalia dan reptilia iaitu sekumpulan rusa, seladang, ular, gajah, harimau, singa serta monyet.

Selain itu, mereka turut merekodkan kelajuan angin serta suhu persekitaran dengan menggunakan alat anemometer.

Pemerhatian tersebut dilakukan di bawah seliaan pensyarah kanan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM iaitu Dr Othman Zainon menerusi subjek Falak Syarie.

“Seorang daripada kami ditugaskan memerhati pergerakan dan tindak balas sekumpulan rusa dan seekor seladang. Dua orang memerhati dua ekor ular sawa batik, dua ekor ular sawa albino serta seekor ular tedung selar manakala dua lagi memerhati dua ekor gajah, beberapa ekor harimau, singa dan monyet,” kata Nur Rabiatuadawiyah, salah seorang pelajar tersebut.

 Selain itu,Dr Othman juga telah berkata yang sebelum ini pemerhatian yang sama turut dilakukan ke atas sekumpulan rusa ketika berlakunya Gerhana Matahari Sepada pada 9 Apiril 2016 yang lalu.

“Ketika kemuncak Gerhana Matahari Separa itu, sekumpulan rusa didapati panik dan berada dalam kumpulan kawanan mereka.

“Jadi, kali ini kita mahu melihat perilaku yang sama atau sebaliknya ketika berlakunya Gerhana Matahari Cincin ini,” katanya yang berada di Tanjung Piai bagi menyaksikan fenomena tersebut hari ini.

Sumber:Bernama