Terkini, terdapat beberapa keping gambar makanan-makanan yang didakwa telah disumbatkan dengan paku dan makanan tersebut ditaburkan di sekitar kawasan perumahan serta di tempat letak kereta telah tular di media sosial.

Makanan tersebut nampaknya sengaja dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, makanan itu juga didakwa untuk menyakitkan anjing serta kucing jalanan yang sedang kelaparan mencari makanan.

Makanan tersebut bukan sahaja boleh mencederakan anjing atau kucing jalanan sekiranya makanan tersebut dimakan.Malahan, makanan itu juga mungkin boleh mengundang masalah lain khususnya kepada pengguna jalan raya.

Hal ini demikian kerana, tidak kiralah apa jua jenis kenderaan yang melanggar makanan ini, ianya pasti akan menimbulkan masalah seperti tayar pancit dan sebagainya.

Oleh sebab itu, kepada orang awam yang terjumpa makanan-makanan seperti ini bertaburan di kawasan-kawasan rumah anda, anda dinasihatkan supaya membuangnya supaya tiada anjing atau kucing akan tercedera.