Kepada pencinta haiwan, mereka pastinya akan berasa risau apabila haiwan kesayangan mereka jatuh sakit. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan haiwan kesayangan mereka kembali sihat.

Baru-baru ini telah tular di Twitter mengenai kisah seorang pemilik kucing yang berasa risau apabila melihat anak kucingnya yang dikhuatiri mengalami kembung perut.

Pemilik kucing berkenaan berasa risau dengan keadaan si bulus, dia lantas membawa si bulus bertemu dengan veterinar untuk melakukan pemeriksaan.

Setelah membuat pemeriksaan, veterinar berkenaan menyatakan yang si bulus tidak menghidap apa-apa penyakit, cuma gemuk sahaja.

Disangka sakit, rupanya buncit

“Doktor beritahu yang dia hanya gemuk”, tulis pemilik si putih yang berasal dari Thailand itu.

Sumber: Kang Ireniel