Kebakaran hutan yang berlaku di Australia sememangnya amatlh menyedihkan kerana kebakaran tersebut telah memusnahkan habitat binatang serta menyebabkan kematian ribuan binatang.Tidak ketinggalan, beberapa habitat di Kangaroo Island turut musnah.

Pada hari Jumaat lalu, kebakaran itu telah memusnahkan pulau kecil berkenaan dan telah mengakibatkan 50 buah rumah musnah dan 2 orang penduduk terkorban.Bukan setakat itu sahaja, lebih 20 000 koala telah hilang tempat perlindungan.

Pemulihan secara langsung sedang giat dijalankan meskipun cuaca panas dikatakan bakal berterusan lagi dan negara itu telah dilaporkan berada dalam keadaan darurat.

Gambar-gambar yang dikongsikan ini membuka mata dunia kerana melihat pulau ini yang dahulunya cantik serta indah telah musnah akibat kebakaran ini.

Selain itu, kebakaran ini juga turut memusnahkan beberapa buah rumah mewah yang merupakan pusat pelancongan pulau ini.

Lagi perbezaan antra keadaan sebelum ini dan sekarang:

Marilah kita semua mendoakan keselamatan mereka serta haiwan yang berada di sana.

Sumber:Unilad.UKhttps://www.unilad.co.uk/life/before-and-after-photos-show-devastating-impact-of-australian-bushfires-on-kangaroo-island/